Saturday, April 18, 2009

OMG!! (nenek2 version)

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Zana harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Zana menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Zana: “Kampung Khinzir Melintas ya Pak cik”

Pak cik teksi itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Khinizir Melintas tidak terjadi percakapan antara Zana dan Pak cik teksi, mungkin Zana merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Zana teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang teksi. Zana lalu menepuk bahu belakang Pak cik teksi dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.

Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Fasha, Pak cik teksi itu secara membabi celik memusing stering teksinya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Zana dan Pak cik teksi tidak mengalami luka parah.

Pak cik teksi itu kemudian meminta maaf kepada Zana.

Pakcik: “Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!”
Zana: “Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!”
Pakcik: “Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar teksi, cik”
Zana: “Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?”
Pakcik: “Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat…”





~hahahahaahha~